Piagam Pelanggan Sekolah

          
        
SMK(LKTP) Kg Sertik (SEMSer) dipertanggungjawabkan untuk membentuk murid  supaya mempunyai watak kecemerlangan ilmu dan keintelektualan, budi pekerti, ketaqwaan kepada Tuhan, ketahahan fizikal dalam kegiatan luar dengan disiplin yang tinggi sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara melalui:


1. Iklim dan budaya pengurusan yang sistematik (berfokus)

  • Tumpuan pengurusan kepada ilmu dan keintelektualan guru dan murid.
  • Memberi kemudahan dan sokongan untuk menghasilkan kreativiti dan inovasi guru.


    2. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

  • Pengajaran berorientasikan kerja dan latihan.
  • Keutamaan terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid-murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh serta berdaya saing untuk berjaya.


  3. Mewujudkan satu iklim yang membolehkan setiap murid berada dalam satu tahap pencapaian yang ditetapkan.

  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi pencapaian murid pada semua peringkat peperiksaan.


   4. Guru adalah  ‘Generalist’

  • Dalam situasi kepelbagaian fungsi dan tugas , guru bertindak secara bersepadu terhadap matlamat sekolah melalui aktiviti pengembangan ilmu.



   5. Aktiviti ko-kurikulum diberi keutamaan   

  • Penting dalam pembinaan etos sekolah bagi melahirkan murid yang berkebolehan dalam semua bidang sekaligus menerapkan semangat cintakan sekolah.
  • Memberi pendedahan yang luas kepada pelajar melalui pengalaman dan pertandingan.


  6. Perkhidmatan Penyayang

  • Bermuafakat dengan semua pihak untuk mewujudkan keselamatan  dan keceriaan sekolah secara terancang untuk mendorong perkembangan yang optima.
  • Menyemai  dan menyuburkan sifat penyayang dalam kalangan anggota untuk mengukuhkan semangat perpaduan, kekitaan dan cinta kepada sekolah.
  • Sentiasa memberi kerjasama dan bantuan kepada organisasi luar.

No comments:

Post a Comment