Biografi
dan Kepimpinan Pengetua
SMK (LKTP) Kg. Sertik
SMK (LKTP) Kg. Sertik
Gambar: Pengetua SMK
(LKTP) Kg.Sertik 2016-2018
Encik Zainuddin bin Yazid
dilahirkan pada 25 Disember 1963 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kerjaya beliau
sebagai seorang guru bermula di SMK Yoke Kuan 45400 Sekincan, Selangor (1987)
dan menyambung khidmat di SMK Chemomoi, 28310 Triang, Pahang(1991 – 1996).
Beliau menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) selama 2
tahun untuk mendapatkan Ijazah Pertama pada tahun 1998. Beliau menyambung tugas
sebagai guru pada tahun 1998 di SMK Seri Pelangai . Beliau menyandang jawatan
Guru Penolong Kanan HEM di sekolah yang
sama (2002 – 2005). Pada tahun 2006 beliau menyambung pelajaran dalam master. Setelah selesai pengajian master, beliau
menyambung tugas mengajar di SMK (LKTP) Chemomoi. Beliau telah dilantik menjadi GPK 1 di SMK
Sri Pelangai pada tahun 2008.
Beliau mengikuti kursus NPQEL di IAB Genting
Hingland pada tahun 2013 ambilan 1 dan telah dilantik menjadi Pengetua Pada 16
Jun 2015 di SMK Desa Jaya 26400 Bandar Tun Razak, Jengka. Beliau membawa
sekolah tersebut bertanding 3K peringkat negeri dan mendapat Johan 3K Pahang.
Di kala sibuk untuk sekolah tersebut bertanding 3K peringkat Kebangsaan, beliau
telah diarahkan bertukar ke SMK (LKTP) Kg. Sertik pada 1 Ogos 2016. En Zainuddin bin Yazid telah memimpin SMK (LKTP) Kg. Sertik menuju kejayaan yang gemilang terutama daripada aspek 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan). Beliau telah berkhidmat di SMK (LKTP) Kg. Sertik bermula 1 Ogos 2016 sehingga bulan Mac tahun 2018. Kemudian, beliau kini sedang berkhidmat di SMK (LKTP) Chemomoi.
No comments:
Post a Comment