Monday, 24 July 2017

PENGENALAN

BAB 1:           HURAIAN MENGENAI SEKOLAH 

               Latar Belakang dan Sejarah Sekolah
       
                                                      

     Gambar: SMK (LKTP) Kg. Sertik, Karak, Pahang

            Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kg. Sertik terletak di jalan masuk ke Felda Kampung Sertik iaitu lebih kurang 22 km dari  Bandar Bentong. Sekolah ini telah mula dibuka  pada awal tahun 1983 untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Sebelum ini anak-anak peneroka felda Sertik berulang ke sekolah menengah yang agak jauh di bandar Bentong. Pembukaan Tanah Rancangan Felda Mempaga Satu, Dua dan Tiga yang  berhampiran dengan Felda Sertik ini mempercepatkan lagi  pembukaan sekolah ini untuk memenuhi keperluan pendidikan menengah di Felda Sertik, Felda Gugusan Mempaga dan sekitarnya.
 

           Di awal penubuhannya, SMK (LKTP) Kg Sertik hanya terdiri daripada bangunan blok A, Blok B, Blok C, dan Blok D yang mempunyai 6 buah kelas, 1 bilik guru, 1 bengkel Seni Perusahaan dan 1 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT) serta sebuah kantin. SMK Sertik ketika itu dipimpin oleh Guru Besar yang pertama bernama Tuan Haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dibantu oleh 5 orang guru iaitu En Nordin, En Munir, Pn. Rehana Yaakob, En Wan Salam dan En. Tamil Selvam. Apabila bangunan 4 blok   berserta kantin telah siap dibina  maka pengambilan pelajar kali pertama pada tahun 1983 dimulai dengan tingkatan 1 seramai 56 orang murid. Pada tahun 1987 sekolah ini telah dinaik taraf apabila peningkatan bilangan murid kepada 315 murid dan Tuan haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dinaikkan ke jawatan  Pengetua. Pada awalnya, sekolah ini menawarkan pembelajaran sehingga Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja. Sehinggalah pada tahun 1997 apabila bangunan tambahan iaitu Blok E, Blok F dan Blok G siap maka sekolah ini menawarkan pembelajaran sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



                Sekolah ini pernah mencapai bilangan pelajar sehingga 900 pelajar pada awal tahun 2000. Sekarang ini bilangan pelajar sedang mengalami tren menurun dan sehingga pada tahun ini bilangan murid hanya 426 orang sahaja. Kini SMK (LKTP) Kg Sertik telah mengorak langkah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain di daerah Bentong dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pelbagai bidang yang diceburi. Pada ketika ini iaitu pada tahun 2019, SMK (LKTP) Kg. Sertik dipimpin oleh Pn. Suraya binti Sufian sebagai Pengetua. Di dalam Jadual 1 di bawah, dicatatkan senarai nama-nama pengetua yang pernah berkhidmat di SMK (LKTP) Kg. Sertik sehinggalah masa kini.


Jadual 1: Senarai nama Pengetua SMK (LKTP) Kg Sertik

  TAHUN
NAMA PENGETUA
1981 - 1989
TN HJ ABDUL SALAM BIN ABDUL RAHIM
1989 – 1991
TN HJ MAT SAOD BIN MAT SEH
1991 - 1996
PN. HJH HINDON BT MOHD
1996 – 1998
ABDULLAH BIN MOHD ISA
1998 - 2000
TN HJ MAT TAIB B. IMAM MAT
2000 – 2002
TN HJ AZIMUDDIN BIN MD ISA
2002 – 2005
TN HJ HAMIDI BIN
2005 – 2006
TN HJ AB RAHMAN BIN HALIB
2006 – 2010
PN. ZAINAB BINTI HARUN
2010 – 2012
PN RAHIMAWATI BINTI IBRAHIM
2012 – 2014
TN HJ RAMZAN BIN ALIAS
2014 – 2016
EN. AMARUDDIN BIN BAKI          
2016 - 2018
EN. ZAINUDDIN BIN YAZID
2018 – KINI
PN. SURAYA BINTI SUFIAN