Thursday, 19 September 2019

AKTIVITI SEPTEMBER 2019

Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan September 2019.

Ujian Lisan Bahasa Inggeris


Speaking Test PT3 atau Ujian Lisan Bahasa Inggeris PT3 dilaksanakan bermula 2 September sehingga 13 September 2019 melibatkan semua pelajar Tingkatan 3 SMK (LKTP) Kg Sertik.


JADUAL PELAKSANAAN
UJIAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS PT3 2019 /
ENGLISH SPEAKING TEST PT3 2019
HARI
TARIKH
MASA
KELAS
TEMPAT UJIAN
PENTAKSIR/ GURU
GURU KUARANTIN
GURU MENUNGGU

SELASA

3/9/2019

8.10 PG-2.10 PTG


(WAKTU REHAT SEPERTI BIASA)


3 AL-ABBAS

BILIK EN. SHAHRIZAM



PN NUR HANISAH/
PN INTAN DIANA


PN SITI NUR SHAHIDA/ PEMBANTU MAKMAL



GMP KELAS 3 AL-ABBAS
(BILIK EN. FIRDAUS)


3 AL- BUKHARI

BILIK PN SITI NUR SHAHIDA


EN. MOHD SIDEK/        CIK NUR AIN FADHLINA

PN SITI NUR SHAHIDA/ PEMBANTU MAKMAL

GMP KELAS 3 AL-BUKHARI (BILIK PN LIANA CAR)


RABU

4/9/2019

8.10 PG-1.40 PTG


(WAKTU REHAT SEPERTI BIASA)


3 AL-FARABI




BILIK PN SITI NUR SHAHIDA



EN. MOHD SIDEK/        CIK NUR AIN FADHLINA



PN SITI NUR SHAHIDA/ PEMBANTU MAKMAL

GMP KELAS 3 AL-FARABI
(BILIK PN LIANA CAR)


3 AN-NAFIS


BILIK EN. SHAHRIZAM


PN NUR HANISAH/
PN INTAN DIANA

PN SITI NUR SHAHIDA/ PEMBANTU MAKMAL

GMP KELAS 3 AN-NAFIS (BILIK EN. FIRDAUS)

*GURU MATA PELAJARAN HENDAKLAH MASUK KE KELAS SEPERTI BIASA DI BILIK MENUNGGU IAITU DI KELAS FIRDAUS DAN KELAS LIANA CAR
RUJUKAN:
BILIK UJIAN 3A/3N                                      : BIIK EN. SHAHRIZAM
BILIK UJIAN 3B/3F                                       : BILIK PN SITI NUR SHAHIDA
BILIK KUARANTIN                                      : KELAS PN INTAN DIANA

BILIK MENUNGGU 3A/3N                          : KELAS EN. FIRDAUS

BILIK MENUNGGU 3B/3F                           : KELAS PN LIANA CAR




Pelaksanaan Buletin SEMSER 2019 Volume I

Buletin SEMSER 2019 Volume I diedarkan.






AKTIVITI OGOS 2019

Terdapat banyak aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Ogos 2019.


Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan

Program pelancaran diawalkan kerana para pelajar tingkatan 3 dan 5 terlibat dengan peperiksaan percubaan.




Ujian Lisan Bahasa Melayu
Dilaksanakan pada 2 minggu terakhir Ogos 2019 melibatkan semua pelajar tingkatan 3 SMK Sertik.




Peperiksaan Percubaan SPM dan PT3

Semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 terlibat dengan peperiksaan percubaan PT3 dan SPM masing-masing.

AKTIVITI JULAI 2019

Terdapat banyak aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Julai 2019.


Latihan Penskoran PT3 dihadiri SUP Tingkatan 3




AKTIVITI JUN 2019

Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2019.



PBSM

BOMBA



PERSATUAN PANDU PUTERI




AKTIVITI MEI 2019

Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Mei 2019.

Program Khatam Al-Quran






Cuti Sekolah Sempena Nuzul Quran



HARI GURU 16 MEI 2019

Disambut awal kerana Hari Guru berada di dalam bulan Ramadhan.

AKTIVITI APRIL 2019

Terdapat banyak aktiviti dilaksanakan pada bulan April 2019.

LADAP Perumahan




Persatuan Seni Visual - Melukis Poster Aktiviti Autism





Aktiviti Persatuan Sejarah


Kelab Landskap



AKTIVITI MAC 2019

Terdapat banyak aktiviti dilaksanakan pada bulan Mac 2019. 

Pelajar SMK Sertik mewakili daerah Bentong dalam sukan MSSD.







AKTIVITI FEBRUARI 2019

Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan pada bulan Februari 2019. Antaranya ialah acara sukan SEMSER 2019.

Acara Sukan SEMSER 2019








Contoh Jadual Bertugas Sukan






Program Jom ke Sekolah








PROGRAM HIP

Program HIP di bawah penyeliaan Panitia Bahasa Inggeris dilaksanakan sepanjang tahun melibatkan semua pelajar dan guru SMK (LKTP) Kg Sertik.


Program One Word A Day


AKTIVITI BINA INSAN

Aktiviti Bina Insan Sepanjang Tahun 2019


Aktiviti bina insan seperti solat berjemaah, solat hajat, mengemas surau, mengadakan ceramah agama dan lain-lain program lagi dilaksanakan sepanjang tahun 2019.



AKTIVITI JANUARI 2019


Terdapat pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tahun 2019 dalam Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada bulan Januari 2019 ialah:

Hari Pertama Persekolahan 2019



Mesyuarat Agung Kelab/Persatuan Kali Pertama 2019

Orientasi Tingkatan 4 2019


Orientasi Tingkatan 1 2019


Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan 4: Penerangan HEM


Aktiviti Bina Insan 2019

Perhimpunan Rasmi Sekolah Kali Pertama Sesi 2019


Taklimat HEM kepada Guru Kelas dan Penyelaras 2019









Monday, 24 July 2017

PENGENALAN

BAB 1:           HURAIAN MENGENAI SEKOLAH 

               Latar Belakang dan Sejarah Sekolah
       
                                                      

     Gambar: SMK (LKTP) Kg. Sertik, Karak, Pahang

            Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kg. Sertik terletak di jalan masuk ke Felda Kampung Sertik iaitu lebih kurang 22 km dari  Bandar Bentong. Sekolah ini telah mula dibuka  pada awal tahun 1983 untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Sebelum ini anak-anak peneroka felda Sertik berulang ke sekolah menengah yang agak jauh di bandar Bentong. Pembukaan Tanah Rancangan Felda Mempaga Satu, Dua dan Tiga yang  berhampiran dengan Felda Sertik ini mempercepatkan lagi  pembukaan sekolah ini untuk memenuhi keperluan pendidikan menengah di Felda Sertik, Felda Gugusan Mempaga dan sekitarnya.
 

           Di awal penubuhannya, SMK (LKTP) Kg Sertik hanya terdiri daripada bangunan blok A, Blok B, Blok C, dan Blok D yang mempunyai 6 buah kelas, 1 bilik guru, 1 bengkel Seni Perusahaan dan 1 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT) serta sebuah kantin. SMK Sertik ketika itu dipimpin oleh Guru Besar yang pertama bernama Tuan Haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dibantu oleh 5 orang guru iaitu En Nordin, En Munir, Pn. Rehana Yaakob, En Wan Salam dan En. Tamil Selvam. Apabila bangunan 4 blok   berserta kantin telah siap dibina  maka pengambilan pelajar kali pertama pada tahun 1983 dimulai dengan tingkatan 1 seramai 56 orang murid. Pada tahun 1987 sekolah ini telah dinaik taraf apabila peningkatan bilangan murid kepada 315 murid dan Tuan haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dinaikkan ke jawatan  Pengetua. Pada awalnya, sekolah ini menawarkan pembelajaran sehingga Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja. Sehinggalah pada tahun 1997 apabila bangunan tambahan iaitu Blok E, Blok F dan Blok G siap maka sekolah ini menawarkan pembelajaran sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



                Sekolah ini pernah mencapai bilangan pelajar sehingga 900 pelajar pada awal tahun 2000. Sekarang ini bilangan pelajar sedang mengalami tren menurun dan sehingga pada tahun ini bilangan murid hanya 426 orang sahaja. Kini SMK (LKTP) Kg Sertik telah mengorak langkah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain di daerah Bentong dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pelbagai bidang yang diceburi. Pada ketika ini iaitu pada tahun 2019, SMK (LKTP) Kg. Sertik dipimpin oleh Pn. Suraya binti Sufian sebagai Pengetua. Di dalam Jadual 1 di bawah, dicatatkan senarai nama-nama pengetua yang pernah berkhidmat di SMK (LKTP) Kg. Sertik sehinggalah masa kini.


Jadual 1: Senarai nama Pengetua SMK (LKTP) Kg Sertik

  TAHUN
NAMA PENGETUA
1981 - 1989
TN HJ ABDUL SALAM BIN ABDUL RAHIM
1989 – 1991
TN HJ MAT SAOD BIN MAT SEH
1991 - 1996
PN. HJH HINDON BT MOHD
1996 – 1998
ABDULLAH BIN MOHD ISA
1998 - 2000
TN HJ MAT TAIB B. IMAM MAT
2000 – 2002
TN HJ AZIMUDDIN BIN MD ISA
2002 – 2005
TN HJ HAMIDI BIN
2005 – 2006
TN HJ AB RAHMAN BIN HALIB
2006 – 2010
PN. ZAINAB BINTI HARUN
2010 – 2012
PN RAHIMAWATI BINTI IBRAHIM
2012 – 2014
TN HJ RAMZAN BIN ALIAS
2014 – 2016
EN. AMARUDDIN BIN BAKI          
2016 - 2018
EN. ZAINUDDIN BIN YAZID
2018 – KINI
PN. SURAYA BINTI SUFIAN